Tuesday, February 21, 2012

Setelah sekian lama..

Tajuk pon memang sesuai dengan post ini. Lama betul tak update. Adekah kerana saya dah makin sibuk sekarang ini. Mungkin ya mungkin tidak. Sebenarnya adalah diri ini tak ada rasa nak menulis. Banyak perkara indah berlaku sepanjang saya tak tulis blog. Tapi sikit pon takde rasa nak tulis di sini. Tetapi disebabkan seorang kawan saya kata "Write something" kepada saya, maka agak berat untuk menolakkan. Haha! Jadi tertulislah satu post baru di sini. 

Okay, saya nak cerita pasal trip pegi Khon Kaen, Thailand haritu. Memang best dan seronok. Yela, mane tak nye. Itu adalah trip pertama saya keluar Malaysia. Serius!! Setelah berumur 24 tahun akhirnya, saya berjaya juga berjalan-jalan luar dari Malaysia. Kalau nak tahu, saya selalu berangan nak jalan-jalan di "oversea" gitu semenjak sekolah lagi. Tapi rezeki takde, tak dapat jugalah kan. Sob..sob..sob... Bak kata supervisor saya "Ini baru sikit nanti dah jadi lecturer lagi banyak trip sampai tak larat nak pergi" Saya balas dengan senyuman je. Hewhew.. :)  Bila saya bagitau ketua jabatan saya pasal ni, dia jawab "There's always first time for everything Akma" ^^

Dalam Thai Airways. Seat dia colorful.


Pullman Hotel, Khon Kaen
Saya ke Thailand ni adalah untuk menghadiri conference Biomedic. Present student punya projek. Masa dapat tau nak pergi ni pon memang last minute. Lagi 2 minggu nak pegi baru Dr saya bagitau. Agak terkejut dan gembira juga. Hehe! So, setelah segala persiapan siap, saya pon berangkat ke sana dengan lecturer dan seorang student lain dari UPM. Kami terpaksa transit di Bangkok untuk sampai di Khon Kean. Naik Thai Airways.. Huuu..Best! Diorang punye kapal terbang hanya airbus! Besar dan luas. Pramugara die pon  hensem belaka semuanya. *tett* LOL Macam hero drama Thailand. *Kalau orang tengok cite Thai dia taulah cemana hensemnya hero diorang* So sampai sana pon lewat malam. Sebab kena naik 2 kapal terbang.

Saya dengan ketua jabatan

So, saya tinggal di Pullman Raja Orchid Hotel Khon Kaen. Hotel ini adalah 5 star hotel. Memang superb la layanan dan service dia. Saya memang seronok tinggal kat situ. Internet pon boleh tahan laju dia. Conference pon berlangsung di dalam hotel tu juga. So saya tak perlu susah payah bangun pagi dan bergegas ke conference. Breakfast juga sangat best! Mereka sediakan makanan halal khas untuk kami dari Malaysia. Secara keseluruhan trip ke sana banyak kenangan indah. So, lagi beberapa hari saya akan ke Bandung, Indonesia pula. Hihi . Dah tak sabar ni. :)

3 comments:

  1. Pullman Hotel memang top class punya hotel. Masa pegi Sarawak hari tu pun stay dekat Pullman. Besar gilak hotel dia.

    Best la kau dapat gi jalan2. Dr. Sab tu comel je dalam gambar tu. Haha.

    ReplyDelete
  2. Pullman memang best. Kat putrajaya ade1 gak. Dr sab dlm kamera aku gmbr die sume pose cute-cute belaka..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. as salam dear... since you've been to Khon Kaen, I need to have some info from you. Boleh tak add me on FB (find Fara Hamidi) or email to famenter@hotmail.com. I'll be visiting KK on May insyaAllah. Thanks in advance

      Delete