Wednesday, June 1, 2011

3 kredit kad!!

Harini memang hari bersejarah la sebab tak pasal-pasal saya memiliki 3 kredit kad..Percaye tak? Ceritanya begini, pada minggu lepas saya dapat panggilan dari Maybank dalam 6.30 petang macam tu.

Orang Maybank: Cik A*ma ke??
Saya: Ye bercakap. Kenapa ya?
Orang Maybank: Boleh tak Cik datang Maybank untuk ambil kredit kad.
Saya: Bila pulak saya apply kredit card ni?
Orang Maybank: Cik staff Maybank ke?
Saya: Ha'ah. *tapi saya dah berhenti tahun lepas*

Rupanya-rupanya saya terlupa bahawa semua executive Maybank akan dapat kredit kad. So,tadi saya pergilah amik kat Maybank.Terkejut saya bila dapat tahu saya akan dapat 3 kredit kad yang semuanya PLATINUM! Pergghh..tersedak jugak lah bile tengok. Pastu tanye kredit limit saya. Dia cakap sampai RM1*,***. Dasyat-dasyat. Tapi yuran tahunan die dasyat jugaklah kan..Sampai RM1500. Adehh...pening. Tapi saya memang nak pulangkan kad kredit ni tak lama lagi. Maybe guna 1 je. Sekarang ni terasa macam kaye pula. Boleh je nak pegi shopping sekarang ni..Hahaha... Saya ada American Ekspress Platinum,Petronas Platinum Visa dan juga Maybank  Visa Platinum. Untuk pengetahuan anda,jika anda ingin memiliki American Express Platinum anda perlu mempunyai gaji sebanyak RM10K sebulan atau total RM120,000 setahun. Rasa macam sayang nak surrender  kad ni tapi yuran dia mahal sangat. Tak mampu!Hehehe..Anda bagaimana? Sudah ada kredit kad??




Nak tahu  kelebihan memiliki kredit kad tak?

1) Jimatkan interest untuk pengguna Overdraft - Ni dah aku mention dalam entry ini  

2) Senang dan cepat nak isi minyak - Kalau pakai cash kene berjalan pegi kaunter. Naik isi penuh pakai cash lagi laa 2 kali keje. Pakai kad kredit, isi sampai pump minyak dah tendang, dah tahu minyak full tank

3) Rebet Petrol - Banyak kt kredit bagi rebet petrol . Macam contoh CIMB Petronas bagi 2% rebet. Kala spend rm200 utk minyak sebulan, dah dapat ribet rm4

4) Zero percent Installment - Ni kalau nak beli benda2 letrik yang mahal, contohnya above 1000, ada kad kredit yang bagi zero percent interest untuk installment bulan2. Ada yg boleh up to 24 month. Memang bagus ada benda ni. Pesan aku, make sure barang letrik mahal yang dibeli adalah 1 keperluan yerr

5) Peraduan - Ni saja nak mention, actually nothing much on luck, tapi ada possibility utk menang. Memang kad kredit selalu buat contest supaya orang spend dgn kad kredit yang mereka keluarkan. Pesan aku, janganlah berbelanja tak tentu pasal semata2 nak joint contest. 20 ribu orang joint, kene xtremely lucky baru boleh menang.

6) Cashless - Senang bai nak check in hotel, bayar restoran mahal, beli alatan letrik, beli kat carrefour. Confident ke nak bawak cash beribu-ribu??? So mmg advantage ada kad kredit, org nak curik wallet pun x boleh nak ambik duit, kalau pencuri pandai mungkin dia boleh guna kad kredit tu tp untuk kita yang sedar wallet hilang, boleh terus call 

7) Point or rebet tunai - Point ataupun rebet tunai ni bagus jugak. 1 ringgit bersamaan 1 point dan 1 point bersamaan 1/2 sen, ataupun dgn kata lain 0.5% dari nilai yang dibelanjakan. 

8) Kaya dan berstatus - Haha ni nak poyo skit memang xde hal, kad kredit mmg simbol kekayaan Ada pulak kt Platinum. Ni pandai2 laa pikir pesanan utk diri sendiri.

Kesimpulan - Ambik yang baik jerr ek, yg penting sampai stamement, bayar pada ataupun sebelum due date. Jangan sampai makan diri.

source: http://www.matjoe.com/2010/06/bijak-belanja-manfaatkan-kelebihan-kad.html

All Platinum!

3 comments:

  1. keje etiqa..etiqa bwh maybank..so mmg dikira staff maybank

    ReplyDelete
  2. senang bai nak check in hotel?hahahaha!

    ReplyDelete