Monday, May 30, 2011

Nora Elena (Drama Adaptasi Novel)

Synopsis Nora Elena

Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru…
Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.
“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.
Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya… Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Dari kiri:Aaron Aziz,Siti Saleha dan Zul
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
So far,setakat ni saya memang ikuti drama ni. Best okey. Jalan cerita dia memang menarik. Saya memang minat lah kalau drama kawin-kawin paksa ni. Pastu salah sorang cuba mengorat. Bercinta mase kawin lagi indah saya rasa. hehehe.. Drama ini ditayangkan di TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam. Saya dan rakan-rakan serumah yang lain memang melekat la kat depan tv tengok cite nih. Best2..Pada sesiapa yang belum tengok lagi,saya sarankan tengok. Kalau dah terlepas banyak episod tu boleh la melayari www.tv3.com.my untuk menonton secara online. Tak rugi tengok. Percayelah! :) 
OST cita ini dinyanyikan oleh Erry Putra juga merupakan pelakon didalam drama ini. Beliau berlakon sebagai inspektor polis bernama Amir (nama adik saya.. lol). Jom layan lagu nih. 

Ni lirik dia..Mari nyanyi bersama..

Berikan ku waktu untuk bersamamu
Meniti hari…
Tak puas bagiku
Dan kau pun berlalu
Tinggal ku sendiri…
Gelap seluruh jiwaku..
{hooo…}
Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh…
Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku…
ohoo..
Kau yang kukenali
Dan kini menjadi
Insan yang lain
Dulu kau berjanji
Kan hidup semati
Meniti hari…
Semuanya telah berakhir
ohooo..
Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh…
Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku…
hooo…
Semuanya telah berakhir…
{Wooo woo.. woo..}
Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh…
Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku…
Oh.. Kasih…



2 comments:

  1. aku tak tengok pun cite nie tapi sume kate best. nak tengok online lahhh... mak aku tengok cite endon time nie. huhu.

    ReplyDelete
  2. haha..tgk endon ke?best weh cite ni..senyum sorang2 bile tgk..romantik! tgk online jela sng.

    ReplyDelete