Monday, May 9, 2011

2nd stage Biasiswa Yayasan Khazanah

Seperti mana tajuk diatas..boleh simpulkan bahawa saya berjaya ke second stage..Seyes memang tak sangke boleh pegi second stage nie..Persaingan sangat2 la dasyat2... Kalau nak tau,seramai 5000 apply tuk scholar nie pada 2011 cuma seratus lebih je diterima ke 1st stage.Dasyat tak tu?? Ini adalah jumlah gabungan kepada sume jenis biasiswa tidak kira Watan,Global,Merdeka atau lain-lain la. So,selepas menghadiri 1st stage yang melibatkan IQ test yang teramatlah susah..Alhamdulillah berjaya ke 2nd stage..

So,second stage nie diadakan di PNB Darby Park Hotel. Okey,ini adalah hotel 5 bintang ye kawan-kawan..See,betapa kaya Khazanah ni. Siap interview kat hotel 5 bintang. Yela,sesuailah kan dengan biasiswa ini kerana menurut kata orang Khazanah,biasiswa mereka adalah paling MAHAL di MALAYSIA.
Hotel kat tengah-tengah KL. 5star nih (gambar diambil sendiri ye)
So,pagi-pagi dah bertolak dari serdang ke hotel ni. Pegi sengsorang je :( Takpelah,kena berdikari ye tak? So,bila sampai sana daftar name. Rupanya-rupanya interview pada hari tersebut hanya untuk postgraduate tidak kisah biasiswa jenis apa (ada Watan ada Global). So,nak tau berape orang dapat?? Hanya 19 orang je! Sikit kot. Okay,mase sampai sempat ber-minggle dengan dorang. All of them very friendly. Dapat kenal2 dengan orang baru sambil-sambil tuka-tuka pendapat.

Apa yang kami buat pada hari tersebut:
1. Sesi pagi: Interview sorang-sorang
2.Tengahari:Makan buffet kat tingkat 39..Wow,lunch kat 5 star hotel surely give you a different feeling. :)
3.Sesi petang 1: Group presentation.Ikut kumpulan masing2..Saya kumpulan kuning.
4.Sesi petang 2: Name a group member yang korang nak eliminate and lastly buat 1 proses macam mana nak tingkatkan persembahan kumpulan korang.

So,overall adalah pengalaman yang best. Tak harap pon dapat 3rd stage dimana stage final tuk watan. Saya apply Watan ye kawan-kawan. So,result akan kuar within this week. Memang harap tak dapat langsung. Hehe..Nak tau kenapa,adalah sebab2nya ye. Even dapat pon,mungkin tak pegi. Kalau pegi pon and memang betul2 dapat scholar ni still tak nak amik because dorang punye rules amat lah "wow".Not suit me at all. But so far,experience ni saya takkan lupa sampai bila-bila. :) 

Note:Kalau terpilih 3rd stage,saya akan tulis ye.Kalau takde tu,maknenye tak dapat lah..hehhehe

2 comments: