Monday, May 30, 2011

Nora Elena (Drama Adaptasi Novel)

Synopsis Nora Elena

Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru…
Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.
“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.
Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya… Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Dari kiri:Aaron Aziz,Siti Saleha dan Zul
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
So far,setakat ni saya memang ikuti drama ni. Best okey. Jalan cerita dia memang menarik. Saya memang minat lah kalau drama kawin-kawin paksa ni. Pastu salah sorang cuba mengorat. Bercinta mase kawin lagi indah saya rasa. hehehe.. Drama ini ditayangkan di TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam. Saya dan rakan-rakan serumah yang lain memang melekat la kat depan tv tengok cite nih. Best2..Pada sesiapa yang belum tengok lagi,saya sarankan tengok. Kalau dah terlepas banyak episod tu boleh la melayari www.tv3.com.my untuk menonton secara online. Tak rugi tengok. Percayelah! :) 
OST cita ini dinyanyikan oleh Erry Putra juga merupakan pelakon didalam drama ini. Beliau berlakon sebagai inspektor polis bernama Amir (nama adik saya.. lol). Jom layan lagu nih. 

Ni lirik dia..Mari nyanyi bersama..

Berikan ku waktu untuk bersamamu
Meniti hari…
Tak puas bagiku
Dan kau pun berlalu
Tinggal ku sendiri…
Gelap seluruh jiwaku..
{hooo…}
Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh…
Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku…
ohoo..
Kau yang kukenali
Dan kini menjadi
Insan yang lain
Dulu kau berjanji
Kan hidup semati
Meniti hari…
Semuanya telah berakhir
ohooo..
Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh…
Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku…
hooo…
Semuanya telah berakhir…
{Wooo woo.. woo..}
Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh…
Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku…
Oh.. Kasih…



Blog kemashady ditutup!

Hye semua,

Seperti tajuk di atas,saya mengumumkan bahawa blog kemashady di wordpress telah ditutup buat selama-lamanya. So,untuk sekarang ini akan lebih tertumpu pada sayaceritakamubaca (dot) blogspot (dot) com. Agak sukar untuk saya mengawal kedua-dua blog. Jadi, saya akan guna blog ini sahaja. Maaf jika ada kesulitan pada blogger terpakse delete my blog link dekat blog anda. Harap anda memahami saya. Hoho!

And sorry juga kerana sudah lama tak update. Minggu lepas sangat busy dengan conference sampai tak cukup tangan. Hehe..Jadi,minggu ini baru dapat bernafas,Fuh! :)  Ha,ni ade bukti saya join conference. Tadaa... Saya juga adalah ajk untuk conference ini. Conference of Pharmacology and Physiology 2011. Saya present projek tahun akhir saya di conference ini.

saya dan poster

Monday, May 9, 2011

2nd stage Biasiswa Yayasan Khazanah

Seperti mana tajuk diatas..boleh simpulkan bahawa saya berjaya ke second stage..Seyes memang tak sangke boleh pegi second stage nie..Persaingan sangat2 la dasyat2... Kalau nak tau,seramai 5000 apply tuk scholar nie pada 2011 cuma seratus lebih je diterima ke 1st stage.Dasyat tak tu?? Ini adalah jumlah gabungan kepada sume jenis biasiswa tidak kira Watan,Global,Merdeka atau lain-lain la. So,selepas menghadiri 1st stage yang melibatkan IQ test yang teramatlah susah..Alhamdulillah berjaya ke 2nd stage..

So,second stage nie diadakan di PNB Darby Park Hotel. Okey,ini adalah hotel 5 bintang ye kawan-kawan..See,betapa kaya Khazanah ni. Siap interview kat hotel 5 bintang. Yela,sesuailah kan dengan biasiswa ini kerana menurut kata orang Khazanah,biasiswa mereka adalah paling MAHAL di MALAYSIA.
Hotel kat tengah-tengah KL. 5star nih (gambar diambil sendiri ye)
So,pagi-pagi dah bertolak dari serdang ke hotel ni. Pegi sengsorang je :( Takpelah,kena berdikari ye tak? So,bila sampai sana daftar name. Rupanya-rupanya interview pada hari tersebut hanya untuk postgraduate tidak kisah biasiswa jenis apa (ada Watan ada Global). So,nak tau berape orang dapat?? Hanya 19 orang je! Sikit kot. Okay,mase sampai sempat ber-minggle dengan dorang. All of them very friendly. Dapat kenal2 dengan orang baru sambil-sambil tuka-tuka pendapat.

Apa yang kami buat pada hari tersebut:
1. Sesi pagi: Interview sorang-sorang
2.Tengahari:Makan buffet kat tingkat 39..Wow,lunch kat 5 star hotel surely give you a different feeling. :)
3.Sesi petang 1: Group presentation.Ikut kumpulan masing2..Saya kumpulan kuning.
4.Sesi petang 2: Name a group member yang korang nak eliminate and lastly buat 1 proses macam mana nak tingkatkan persembahan kumpulan korang.

So,overall adalah pengalaman yang best. Tak harap pon dapat 3rd stage dimana stage final tuk watan. Saya apply Watan ye kawan-kawan. So,result akan kuar within this week. Memang harap tak dapat langsung. Hehe..Nak tau kenapa,adalah sebab2nya ye. Even dapat pon,mungkin tak pegi. Kalau pegi pon and memang betul2 dapat scholar ni still tak nak amik because dorang punye rules amat lah "wow".Not suit me at all. But so far,experience ni saya takkan lupa sampai bila-bila. :) 

Note:Kalau terpilih 3rd stage,saya akan tulis ye.Kalau takde tu,maknenye tak dapat lah..hehhehe