Monday, March 14, 2011

Meeting

Selama 2 minggu ini jadual meeting saya penuh.. Kalau tengok diari pon boleh nampak berderet-deret jadual meeting. Ini disebabkan jabatan kami tengah melihat semula course Biomedic supaya disesuaikan dengan kehendak terkini dan keperluan KPT. Junior nanti akan merasa subjek2 menarik seperti Forensik dan lain-lain.. Dalam hati terasa jeles kat mereka tapi tidak mengapa kerana saya telah berjaye bergaraduat pon..Hehehe.. Semua ini perlu disiapkan sebelum September kerana mulai tahun 2011 ini semester pertama akan bermula September dan berakhir bulan Februari. Dan semester kedua bermula March hingga September. Cuti panjang akan dianjakkan kepada Julai jika tidak silap saya.. Jadi , tidak hairanlah mengapa meeting saya akan ada setiap hari.Berusahe Cik Kema!

Okey dah hampir pukul 2. Perlu naik ke dewan peperiksaan untuk menjaga peperiksaan subjek Radiation Biology. Lain kali saya tulis lagi. ;)

Tuesday, March 8, 2011

Lama tidak menulis

Hai semua!!

Lame dah saya tak berceloteh di sini.. Bukan busy cuma saya tak ade idea apa nak tulis kat sini. Hari-hari saya mesti bukak blog nie...Macam dah jadi kewajipan utama..hihi Sebenarnya, lepas birthday saya 2 minggu lepas terus takde mood nak menulis..Tak taulah sebab ape.. Mungkin terlalu heppy sebab something..Sebap ape ye??Aha..itu yang kite tak tau tuh...haha.. *merepek je cik kema ni*

Selema 2 minggu lepas,tak banyak benda menarik berlaku... Cuma tue lah... Saya makin rapat ngan kawan saya sorang ni..Dulu saya benci giler2 kat dia... Nak cakap pon tak mau.. Sekarang dah jadi bestfriend.. Best plak kawan ngan die rupanye... Actually,saya epy sebab inilah.. Sebab akhirnya Tuhan buka mata saya. Kadang-kadang kalau tak suka tu,lama-lama nanti jadi suka...hehehe... Bukan suka nak jadi girlfriend boyfriend okey.. Cuma jadi kawan  baik...Dulu saya ada kawan baik jugak... Now,die dah semakin jauh.. Maybe dia dah tak ingat saya bestfriend dia lagi ke tak.. *harap-harap dia ingat la*

Dalam dunia ni,kalau kita tak suka sesuatu,jangan terus cakap tak suka sangat-sangat.. Sebab 1 hari nanti sure suka.. Jadi, marilah kita berhati-hati jika tidak suka pada orang itu okey... Ha,bukan orang je tapi dengan barang-barang pon.. Contohnya,ada orang tu kutuk abes wanita-wanita bertudung yang pakai tudungnya singkat-singkat.. Last-last dia pon pakai same jugak.. Ape daa... So,apa pon dalam dunia nie marilah bersikap sederhana k..


Okay,...itu sahaja setakat ini...Tata  ;)