Friday, July 9, 2010

Doa yang indah

Post ini rasanya akan menjadi post yang menarik kerana saya akan berkongsi satu doa yang cukup indah buat insan-insan yang terluka hatinya di luar sana..Yang masih berharap pada satu yang tak pasti… Hati yang luka dan kecewa bukan mudah diubati… Saya juga telah mengalaminya dan mengambil masa lama untuk pulih seperti biasa..

Tapi semua ada hikmahnya…Saya juga yakin dengan setiap yang berlaku tidak kira sedih atau gembira..Semuanya ada makna tersendiri. Pada hati-hati yang luka..ubatilah luka anda dengan berdoa. Doa yang saya nak kongsi cukup indah… Cukup menyayat hati… Cukup memenangkan hati yang sedang berduka… Dan doa ini juga sesuai di baca ketika membuat solat istikharah untuk  meminta petunjuk Yang Maha Esa..

DOA:
Ya Allah.......Seandainya telah engkau catatkan dia adalah milikku, dia tercipta untukku, satukanlah hatinya dengan hatiku. Titipkanlah kebahagiaan antara kami, agar kemesraan itu abadi.

Dan Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Pengasih, seiringkanlah kami melayari hdup ini kesepian yang sejahtera dan abadi.......tetapi Ya Allah......Seandainya telah engkau takdirkan dia bukan milikku......bawalah ia jauh dari pandanganku....luputlah ia dari ingatanku. Dan peliharalah aku dari kekecewaan serta Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti. Berikanlah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit........... Hilang bersama senja nan merah, agarku bisa bahagia, walaupun tanpa bersama dengannya

Dan Ya Allah yang tercinta........Gantilah yang telah hilang, tumbuhkanlah kembali yang telah patah. Walaupun tak sama dengan dirinya.

Ya Allah Ya Tuhanku, pasrahkanlah aku dengan takdirMU. Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku kerana Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik, buat hambamu ini....

Ya Allah, cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan Akhirat....dengarlah rintahan hambaMu yang dhaif ini, jangan engkau biarkan aku sendirian di dunia ini, mahupun di Akhirat.....Menjurus aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran.

Maka, kurniakanlah aku seorang yang beriman supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...kejalan yang Engkau redhai...dah kurniakanlah aku keturunan yang soleh..

Sungguh sayu membacanya… Semoga menjadi amalan buat semua… Sekian.. :-)

5 comments:

  1. chet. doa ni.. bagus2.. sebar2kan mende yg baik.. hehe. moga kita suma dpt jodoh yg beriman..

    ReplyDelete
  2. ye..ade reason aku tulis doa nie kat sini..untuk insan2 yang memerlukan a.k.a kawan2 baik ku..hehe..time kasih bg doa nie.. :-)

    ReplyDelete