Friday, April 2, 2010

pelawak terkenal din beramboi meninggal dunia...

terkejut dengar din beramboi meninggal... aritu saya ade bace pasal beliau masuk hospital kat facebook..tetibe harini tau-tau dah tiada lagi di dunia ini...saya amat meminati beliau sebab lawak beliau memang best abes lah...seronok je tengok..now, tak tahulah sape boleh ganti die lagi..sedihnya...papepon marilah kite sedekah al-fathihah kepadanya..semoga roh beliau tenteram dan dicucuri rahmat...


petikan di bawah diambil dari blog oh malaysia

Sekitar pukul 12.35 malam semalam, pelawak terkenal tanah air, Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Selayang. Kematian Allahyarham disahkan oleh Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong jam 11 pagi tadi.

Allahyarham sebelum ini dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana menghidap Dengue Shock Syndrome sudah berada dalam keadaan kritikal sejak petang semalam. Penyakit ini akan menyebabkan pengaliran darah dalam badan terjejas akibat jangkitan virus Denggi. Untuk jangkitan Denggi, tiada ubat yang boleh digunakan untuk melawan virus itu dan prognosis banyak bergantung kepada keadaan pesakit. Menurut adik kepada Din Beramboi, Rozana, 39, virus demam denggi berdarah yang dialami Allahyarham telah merebak ke hati dan buah pinggang, menyebabkan kedua-dua organ itu tidak boleh berfungsi.

Pemergian Allahyarham Din Beramboi pasti dirasai oleh peminat-peminat yang sentiasa tidak kering gusi melihat telatah lucu Allahyarham. Gelanggang Raja Lawak 4 juga yang terakhir dalam karier seni Allahyarham. Selepas ini, tiada lagi kedengaran suara Allahyarham berkumandang di radio ERA untuk segmen Aznil Riuhkan Pagi ERA bersama Din Beramboi. Saya pasti ramai yang akan merindui program Drama Sebabak dan Sawancara kendalian beliau. Sebelum ini, Allahyarham ada menunjukkan tanda-tanda yang beliau akan meninggalkan kita semua, di bawah ini kata-kata Allahyarham di Twitter milik beliau.


Tapi lumrah hidup di dunia, yang hidup pasti akan mati. Dari Allah kita datang, kepadaNya kita kembali. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham Din Beramboi, semoga roh beliau dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

credited also to mSTAR Online, Bernama, dan Karl

2 comments:

  1. Al-Fatihah.. aku pon minat giler kat arwah.. selalu tgk spontan yg ade die je bile stress kat sini.. ;-(

    ReplyDelete
  2. tau xpe..spontan bestkn...sedih je dgr berita nih..

    ReplyDelete