Wednesday, March 7, 2012

Berpusing

Hello semua... Saja nak share gambar ini. Nampak tak bulat-bulat dalam gambar tu. Berpusingkan? Tau tak kenape? Saya pon tak tahu. Haha.. Sebab itu tanye. Kalau anda tahu kenape kita boleh lihat bulat2 tu berpusing, sila komen. Gambar ini adalah statik tau sebenarnya.

Tuesday, February 21, 2012

Setelah sekian lama..

Tajuk pon memang sesuai dengan post ini. Lama betul tak update. Adekah kerana saya dah makin sibuk sekarang ini. Mungkin ya mungkin tidak. Sebenarnya adalah diri ini tak ada rasa nak menulis. Banyak perkara indah berlaku sepanjang saya tak tulis blog. Tapi sikit pon takde rasa nak tulis di sini. Tetapi disebabkan seorang kawan saya kata "Write something" kepada saya, maka agak berat untuk menolakkan. Haha! Jadi tertulislah satu post baru di sini. 

Okay, saya nak cerita pasal trip pegi Khon Kaen, Thailand haritu. Memang best dan seronok. Yela, mane tak nye. Itu adalah trip pertama saya keluar Malaysia. Serius!! Setelah berumur 24 tahun akhirnya, saya berjaya juga berjalan-jalan luar dari Malaysia. Kalau nak tahu, saya selalu berangan nak jalan-jalan di "oversea" gitu semenjak sekolah lagi. Tapi rezeki takde, tak dapat jugalah kan. Sob..sob..sob... Bak kata supervisor saya "Ini baru sikit nanti dah jadi lecturer lagi banyak trip sampai tak larat nak pergi" Saya balas dengan senyuman je. Hewhew.. :)  Bila saya bagitau ketua jabatan saya pasal ni, dia jawab "There's always first time for everything Akma" ^^

Dalam Thai Airways. Seat dia colorful.


Pullman Hotel, Khon Kaen
Saya ke Thailand ni adalah untuk menghadiri conference Biomedic. Present student punya projek. Masa dapat tau nak pergi ni pon memang last minute. Lagi 2 minggu nak pegi baru Dr saya bagitau. Agak terkejut dan gembira juga. Hehe! So, setelah segala persiapan siap, saya pon berangkat ke sana dengan lecturer dan seorang student lain dari UPM. Kami terpaksa transit di Bangkok untuk sampai di Khon Kean. Naik Thai Airways.. Huuu..Best! Diorang punye kapal terbang hanya airbus! Besar dan luas. Pramugara die pon  hensem belaka semuanya. *tett* LOL Macam hero drama Thailand. *Kalau orang tengok cite Thai dia taulah cemana hensemnya hero diorang* So sampai sana pon lewat malam. Sebab kena naik 2 kapal terbang.

Saya dengan ketua jabatan

So, saya tinggal di Pullman Raja Orchid Hotel Khon Kaen. Hotel ini adalah 5 star hotel. Memang superb la layanan dan service dia. Saya memang seronok tinggal kat situ. Internet pon boleh tahan laju dia. Conference pon berlangsung di dalam hotel tu juga. So saya tak perlu susah payah bangun pagi dan bergegas ke conference. Breakfast juga sangat best! Mereka sediakan makanan halal khas untuk kami dari Malaysia. Secara keseluruhan trip ke sana banyak kenangan indah. So, lagi beberapa hari saya akan ke Bandung, Indonesia pula. Hihi . Dah tak sabar ni. :)

Friday, July 8, 2011

Sehari di Genting lepaskan tension!

Genting memang best..Sangat rekemen untuk siapa-siapa yang belum pergi. Best sume game die. Macam cockscrew (roller coaster besar), cyclone (roller coaster kecik), go-cart, pirate ship and banyak lagi la.. Kalau jenis tak boleh naik roller coaster baik xyah pegi la. Membazir je. So, kalau dah sampai sane try ur best main sume game yang free tuh. Kalau bayar tak yah naik la. Tapi kalau ade duit lebih bole je kan.. hihi.

So, jom tengok gambar-gambar kami disana. Korang akan dapat rase betape happynye kitaorng. Cuma ade yang tak best ialah cabel car tutup untuk maintenance. Ciss betul. Haha.. Game indoor ade  tak sempat nak main. Jadi nak pegi lain hai. Sape nak join???

















Thursday, June 30, 2011

MTV World Stage Malaysia 2011


MTV World Stage Malaysia datang lagi. Kali ini menampilkan artis-artis seperti 30 seconds to mars, pop shuvit, neon trees dan tak lupa the k-pop band BEAST. Okay, dah excited dah ni. Konsert ini akan diadakan di I-City Shah Alam pada 24 July 2011. 


Kalau nak beli tiket, mestilah mahal kan..Takpe..ade banyak cara boleh menang tiket. Ini cara-caranya:






1. Xpax 


Bagi peminat untuk berdiri peluang untuk mendapatkan pas percuma ke MTV World Stage Live di Malaysia 2011, hanya mengambil bahagian dalam mana-mana aktiviti berikut: - Daftar hari ini dan menyertai gelombang berjangkit daripada Kolony, yang pertama seumpamanya rangkaian SMS berasaskan sosial mudah alih dengan menghantar <nickname> Kolony ke 25333. Dari 16 Jun 2011 dan seterusnya, KFREN MTV dan mula KDING dan KBOMM semua yang anda boleh. Pengguna yang paling KDING dan KBOMM akan memenangi sepasang pas. Untuk maklumat lanjut mengenai Kolony, sila layari www.kolony.com.my -pelanggan Xpax, UOX & SOX  berpeluang untuk mendapat 2 pas PERCUMA di MTV World Stage Live in Malaysia 2011 dengan menghantar "MTV" ke 28881 dan tambah nilai minimum RM50 dalam tempoh promosi bermula dari 10 Jun 2011 hingga 15 Julai 2011. - Pas juga boleh didapati dengan hanya memuat turun kandungan yang relevan di Channel X, www. channelx.com.my .- Bermula dari 10 Jun tahun 2011, lawatan Xpax Facebook di www.facebook.com / xpaxfb untuk maklumat lanjut tentang bagaimana anda boleh mendapatkan pas percuma untuk acara tersebut.


2. MASTERCARD 


Dari 01-30 Jun, 1000 yang pertama baru atau sedia ada Debit MasterCard pemegang kad yang membelanjakan RM30 dan RM60 masing-masing pada kad mereka dan SMS dalam kemasukan mereka akan layak untuk dua pas di MTVWorld Stage dan Snowalk @ i-City. - Selain itu, dua pemegang kad debit masing-masing akan berpeluang untuk memenangi Rock  Pakej bernilai untuk dua orang. Pakej ini termasuk pas kepada pihak MTV World Stage, menaiki limosin ke  MTV World Stage dan berpeluang untuk bertemu dengan artis-artis sehingga tarikh penutupan & peribadi, dengan MTV VJ Holly dan eksklusif yang ditandatangani MTV cenderahati. 




- Kelayakan pemegang kad debit boleh mendaftar untuk pas dengan menghantar SMS dalam format berikut MCMTV <jarak> Nama Penuh <jarak> nombor kad pengenalan ke 33387 pada 30 Jun 2011. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-5635-1391 (Isnin-Jumaat 10:00-17:00 tidak termasuk cuti umum).


3. TWISTIES - Twisties akan memberi pas di MTV World Stage LIVE di Malaysia 2011 melalui laman Twisties Facebook Malaysia. Untuk mengetahui bagaimana anda boleh memenangi lebih pas dengan Twisties melayari www.facebook.com / twistiesmalaysia untuk maklumat lebih lanjut.
4. MTV World Stage Asia


Melalui web http://worldstage.mtvasia.com/win.php anda juga boleh memenangi tiket dengan klik pada "Flight Cases" bila masa sudah tamat. Game ni susah sket sbb anda kene tunggu sejam baru dapat  main. Kalau terlepas memang nasib la.. Nak tau lebih lanjut lawatilah address yang diberikan. Free tiket ini berlansung sehingga 6 julai 2011.. Apa lagi...jom terjah..




Tuesday, June 28, 2011

2pm new song! Hands Up!

Selain Big Bang..saya juga sangat suka kumpulan 2pm. Paling minat sekali Taecyeon. Beast (jantan) abes! Hahaha... Tersuka die mase dengar lagu dia dengan baek ji young tajuk "My Ear candy". So, baru-baru ini diorang comeback dengan lagu baru yang best bertajuk "Hands Up". Mula-mula dengar macam tak berapa nak best. Lame-lame rase ok. Sape-sape tak penah dengar lagi jom layan lagu ni. Kalau kat Youtube MV diorang dah lebih 2 juta views. Okey lah tu kan. Ha..moh layan.

Boleh download mp3 kat sini : click this link   credit to heeya.






Gambar Terbaik Setakat Ini

Tempat menarik untuk berjogging
Seperti yang anda tahu.. Saya sudah pun memiliki DSLR berjenama Nikon model D3100. Kamera ini memang user friendly untuk beginner macam saya ini. Dengan kelebihan guide mode yang ada dalam kamera ini, "amateur photographer"  macam saya boleh mengambil gambar yang cantik dengan lebih mudah.

Semalam saya dan adik ke Taman Tasik Seremban. Taman ini berada di tengah-tengah bandar. Amat sesuai untuk beriadah dan tempat mengambil gambar. Kalau weekend memang ramai lah pengantin datang sini ambil gambar. Okay jom lihat gambar-gambar yang diambil semalam.

The Brain Tree

Permandangan di Taman tasik Seremban

Dream place Distance

Taman Tasik Seremban


Sunday, June 26, 2011

Testing DSLR D3100

Hari jumaat lepas, secara rasminya kamera DSLR Nikon D3100 telah menjadi ahli baru dalam keluarga kami. Perasaan terus berbunga riang apabila memegang kamera baru tersebut. Telah lama kamera DSLR ini diidamkan dalam family kami, baru Jumaat lepas dapat direalisasikan. Hehehehe...


So, bila dapat kamera baru mestilah testing-testing kan..Ini antara beberapa keping gambar yang diambil guna kamera ini. Cantik hasilnya. Boleh amik gambar potrait yang blur kat belakang tu. Masa bawak kamera ini keluar outing semalam, banyak mata memandang kami. Terasa ade skill pula kan bila orang pandang-pandang...hahaha.. *perasan*

Gambar yang lain akan di 'upload' kemudian sebab internet sangat slow.
Saya dan Izzah

makan-makan dengan kawan